Selasa, 24 Disember 2019

Emirate airlines: kali pertama merasa naik emirate airlines transit di dubai 14 jam

Alhamdulillah last perhentian di Dubai sebelum pulang ke Malaysia. 1st time pilih emirate airlines.

Best juga pilih emirate airlines ni, tempat pun agak besar untuk letak kaki dengan selesa, makanan pun agak sedap. Anak-anak paling seronok sebab dapat satu set small colouring book, stickers dan pensel warna, baby Aurora dapat patung penguin dan elephant yang cute.





Dapat dua ekor anak patung siap dengan selimut lagi hehe


Meriah sangat makanan anak-anak

Macam biasa kami check in di hotel dalam airport senang dan tidak rushing untuk naik flight esoknya.


Besar sangat bilik nya serta selesa


Sempat bergambar 

Oh ya sekadar info setiap kali transit, barang dalam luggage korang memang tak dibenarkan keluar, even stroller dan sebagainya, ade juga airline yang boleh keluarkan stroller waktu transit. Tapi sebaiknya elakkan lah request. Sebab selalunya mesti ada problem. So korang boleh gunakan stroller yang disediakan di airport. Lebih mudah.

Macam biasa disebabkan bawa ramai askar super heroin kan, so kami memilih untuk transit di Dubai selama 14 jam, kami sampai di Dubai lebih kurang jam 8 malam waktu Dubai. Sampai sahaja terus ke bahagian arrival dan mencari teksi untuk ke Burj Khalifa. Maklumlah hari pun dah malam. So rasa rugi juga tidak kesana kan alang-alang dah sampai di Dubai ni. Senang dan mudah sahaja nak masuk dubai ni hehe.

Harga teksi lebih kurang 60 dirham ke Burj Khalifa (AED emirati dirham), sampai sahaja terus kami cari port untuk bergambar di hadapan Burj Khalifa.

Selesai bergambar dan melihat water dance kami terus cari port untuk makan dinner, semua askar-askar sudah kelaparan. Oh ya rezeki kami datang ke Burj Khalifa waktu malam, jadi dapatlah menjamu mata melihat water dance, air tu menarik mengikut rentak muzik arab gitu. Sangat menarik, anak-anak suka sangat. Jika ke dubai acara wajib tonton the dubai fountain. Nak tahu? Korang kene datang sini.

Pemandangan Burj Khalifa. Macam KLCC kan?







Macam macam warna biru, merah, putih muncul pada Burj Khalifa ni. Siap dengan pelbagai tulisan




Selesai dinner dah jalan jalan di kawasan sekitar, macam-macam rupanya tempat di Dubai Mall ni, tapi mostly banyak tempat di Dubai ni dah ada di Malaysia ni seperti legoland, dubai ice rink, dubai aquarium dan underwater zoo.

Balik ke airport harga teksi 41 dirham, eh murah sikit. Hehe.



Sup cucumber ya allah 1st time rasa


Makanan di restoran ni memang sedap dan berbaloi untuk dicuba



Sedikit info 


Done


Di Dubai

Ok in sha allah saya akan sambung lagi di next entry ya
Terima kasih kepada semua pembaca




Jemput baca

Kembara eropah dengan anak


Read More

Selasa, 17 Disember 2019

Musafir kembara perjalanan 4000 kilometer lebih kurang, trip eropah 6 negara, transit di Oman dan UAE

Alhamdulillah setelah beribu-ribu kilometer, akhirnya kembali ke pangkuan negara tercinta Malaysia. Home sweet home!

Travel kali ni agak rare sikit bagi kami sekeluarga, maklumlah orang kampung 1st time pergi eropah kan, bawa pula sekali anak-anak memang menguji mental dan fizikal sungguh tapi alhamdulillah moga bonding time bersama keluarga itu yang paling best untuk dikenang kan.

Last perhentian kami adalah di Dubai.

Musafir kembara kami kali ini KL-*OMAN-FRANCE-SWITZERLAND-GERMANY-HOLAND-BELGIUM-UK-UAE*- KL

Secara ringkas trip europe kali ini lebih kurang perjalanannya 4000 kilometer, hehe fengsan bila tau KM nye. Secara driving. Bila bawa anak-anak kecil ni berbaloi dengan driving berbanding nak backpack or menggunakan pengangkutan awam. Fening tau nak mengangkut beg bagai, jika tiada kenderaan yang sesuai. Walaupun most of the time dalam kereta sebenarnya banyak tempat dan perkampungan yang boleh singgah semasa perjalanan. Nanti in sha allah saya share video permandangan yang menarik sepanjang perjalanan driving ke setiap negara.

Trip kali ini (driving):
  • Paris ke Colmar - 5 jam
  • Colmar ke Swiss - 2 jam 30 minit
  • Swiss ke Stuttgart - 3 jam setengah
  • Stuttgart ke Koln - 4 jam
  • Koln ke Netherlands - 4 jam setengah
  • Netherlands ke Belgium - 2 jam 30 minit
  • Brussels ke Bruges - 1 jam 30 minit
  • Bruges ke Dover - 1 jam 30 minit
  • Bruges, belgium ke Dunkirk - 1 jam
  • Dunkirk ke Dover (via ferry) - 2 jam
  • Dover ke London - 2 jam 30 minit
  • London ke dover - 2 jam 30 minit
  • White Cliff of Dover ke Dunkirk (via ferry) - 2 jam
  • Dunkirk ke paris - 3 jam

*EROPAH 6 NEGARA* lebih kurang 11 hari

Day 1: Paris free & easy. 
Eiffel Tower > Champ Elysse > Louvre Museum, Notre Damme > Masjid Besar Paris. Penginapan di hotel bajet Premiere Classe Villepinte Roissy.

Day 2: Paris > Colmar. 
Jalan kaki ronda Colmar Alsace yang original. Menginap di Grand Hotel Munster. 

Day 3: Colmar > Swiss Alps. 
Ke Interlaken, Wilderswil, Lauterbrunnen dan sekitar. Santai. Menginap di Gasthaus Steinbock. 

Day 4: Swiss > Stuttgart.
Free & easy, Naik ke Jungfrau puncak tertinggi di Eropah, atau ke Murren, petang ke Stuttgart, menginap di B&B Hotel Stuttgart Airport. 

Day 5: Stuttgart > Koln (Cologne).
Pagi boleh ronda ke Mercedes Museum > Porsche Museum > Stuttgart City Centre > Metzingen Factory Outlet . Petang gerak ke Koln. Penginapan di B&B. Solat di masjid Koln yang unik dan kontroversi. Shopping!

Day 6: Koln > Amsterdam.
Amsterdam city > Zaanse Schanse cultural village > Masjid Zaandam. Menginap di Hotel De Lis (Lisse). 

Day 7: Amsterdam.
Free & Easy, ke Volendam > Giethoorn (pekan tanpa kereta). Shopping!

Day 8: Amsterdam > Brussels > Bruges.
Brussels city > atomium > Bruges town. Menginap di Hotels Zeegalm.

Day 9: Bruges > London.
Dunkirk port > feri ke UK > Dover. Terus ke London. London Tower Bridge, Buckingham Palace, Malaysian Hall, Trafalgar Square, London Tower Bridge dan Oxford Road. Shopping!
Menginap di Premiere Inn Heathrow Terminal 4. 

Day 10: London Free & Easy.

Day 11: London > Paris
Feri port di Dover. Naik feri ke Paris. Menginap di Paris hotel

Day 12: Trip tamat. Alhamdulillah, terus ke Dubai

Punya lah banyak sampai lebih kurang 11 hotel kami menginap, jenuh packing barang, sebab asyik menambah barang baru je. hehe, layannnnn

  • 1 hotel di Oman
  • 2 hotel di Paris 
  • 1 hotel di Colmar
  • 1 hotel di Swiss
  • 1 hotel di Sttugart
  • 1 hotel di Amsterdam
  • 1 hotel di Belgium
  • 1 hotel di London
  • 1 hotel di Paris (dua kali singgah paris)
  • 1 hotel di UAE

Walaupun tak dapat melawat semua masjid at least setiap negara dapat solat di masjid dan tempat solat yang disediakan



Belanja sikit gambar di setiap negara


Di Oman


Asyik eiffel tower je kan, ni pun kat paris


Colmar , Paris



Di Swiss


Top of europe! Swiss


Sejuk wei sampai tulang. Wajib telan omega kasi panas
Suplemen untuk anak, saya memang bawa vitamin c, omega dan nutiferon

Fungsi: tiga-tiga tu ade fungsi untuk imunisasi badan

Vitamin c: lembapkan kulit, so kulit tak kering
Omega: pelincir sendi, sebab sentiasa bergerak, elak batuk
Nutriferon: boost up imun sistem dan elak selesema dan demam


Stuttgart


Amsterdam


Belgium


Dalam London eye




Dubai

Letih jangan cakap lah, mengangkut 4 beg besar, handle anak-anak lagi. Tapi berbaloi. Oh ya kos untuk perhead lebih kurang RM8900. Korang darab bahagilah. Tapi boleh lagi murah tu, kalau korang dapat cari tiket flight yang murah. Kami naik oman airline dan emirate. Oh ya duit bab makan tu bila bawa anak ni memang tak boleh berkira, so pejam mata je lah keluar duit. Bawalah duit lebih-lebih. Yang penting pengalaman tu lagi mahal kan.

Makanan halal? Rasa tidak lah payah sangat nak mencari tapi nasi tu tak lah dapat selalu, saya memang dah train anak makan roti. So tak de lah diorng ni craving nasi hehe. Makanan turki memang banyak, merata yang jual. Korang boleh juga bawa produk BRAHIM ade nasi lemak, nasi goreng supaya boleh alas perut dengan nasi. Kat europe ni shopping makanan basah dan pakaian memang murah ya amat. Tapi korang jangan convert lah. Hahah. Best betul, telur, air, buah, roti semua murah. Pakaian pula baju, kasut semualah murah.


Borong baju anak-anak. Kualiti baik tau


Kebab, sedap kebab kat sana. Lebih sedap dari di malaysia
So rugi kalau tak makan



Dapat juga makan nasi kat kedai pak arab

Bab yang paling pening ialah air dalam tandas time nak membuanh hehe, tapi jangan risau ada solusinya. Sentiasa lah bawa cup or botol air yang kosong. Senang isi kat sinki. Selepas tu, korang akan lega dapat guna air semasa melabur tu.

Walaupun pakej ni nampak macam touch and go, hakikatnya nak meround semua tempat bukan senang, budget lagi kan, tak sempat semua lah pendek kata. Kecuali kalau korang fokus satu satu negara should be ok lah merata boleh jalan. Tapi saya puas hati sangat melihat negara orang dalam masa 14 hari. Alhamdulillah.

In sha allah saya akan share lagi. So tungguuuuu hehe




Jom baca juga

Transit di Oman 14 jam

Transit di Dubai 14 jam

Read More

Isnin, 2 Disember 2019

Transit 14 jam di Oman sebelum ke paris @ france: Oman airlines

Salam semua

Alhamdulillah kami anak beranak selamat sampai di oman, transit 14 jam sebelum ke Paris. So korang yang nak bawa anak travel terutama anak kecil di bawah 2 tahun, better lah arrange untuk transit supaya diorang dapat rehat yang secukupnya. Bila rehat cukup mood anak-anak pun akan stabil. Maka korang pun tak stres hehe. Konsep bawa anak kecik ni senang follow 3 step hehe, jaga rehat dia, tidur cukup, makan kenyang, in sha allah behave. Ala meragam sikit-sikit tu biasa lah, nama pun anak-anak. Eh korang boleh juga bawa permainan untuk lekakan diorang dengan bermain.

Dari klia kami naik oman airline, klia ke oman 7 jam, then transit 14 jam, terbang balik ke paris 7 jam setelah recharge. Alhamdulillah! Test naik Oman Airline ni sebab kebetulan flight murah ke paris

So masa naik oman airline ni saya share sikit lah makanan dalam Oman Air, makanan biasa sahaja hehe boleh lah. Tapi makanan untuk kids agak best. Sebab makanan tu dalam box yang cute. Hahah sibuk mak menyendeng makanan anak kan.

Lupe pula, currency kat oman ni mahal 1 Oman riyal sama dengan RM 11 . Ko mesti telan air liur kan. So tak payah convert masa beli barang kat Oman ni haha.



Ade screen tv tu best sebab anak leka menekan-menekan kan


Belanja gambar kat klia


Barang penuh


Best dan tak boring layan movie



Kids meal


Mak pak punya meal


Makan untuk kids, box ni boleh bawa balik

So basically dalam Oman airline ni dia ada bagi bantal kecil, selimut dan ear phone, tapi barang barang ni terutamanya selimut diorang kutip balik. Tapi best selimutnya lembut. Ala kot korang nak ambil semua tu masuk dalam beg bawa balik pun tiada masalah hehe.

Setelah sampai di oman agak lewat jam 12 malam so kami terus check in hotel dalam airport senang. Nak berjalan pun tak boleh dah lewat. Tapi agak terkilan sebab visa dah buat. Di Oman perlu visa ya. Nak buat visa just ke website Royal Oman Police. Online sahaja visa. RM 60 satu visa. Ok sambung balik, atas sebab ada info termiss then kami tak dapat nak keluar dari airport untuk jalan jalan. So korang yang nak transit sambil lihat oman patut ambil transit 1 hari baru berbaloi. Sebelum terbang kembali at least 8 jam sebelum terbang dah ada di airport. Oh ya staf di airport oman ni by the way tak beberapa friendly sangat. Ade juga lah lack of info. Pak arab kan nak ikut kepala dia je lah. Hahah. Sabar! Kami transit di new airport, staff pun tak friendly, secara keseluruhannya payah lah nak masuk negara Oman ni, visa of course perlu ada lah. So tak pelah tak mau dah naik oman airline hehe.

Sambung balik, oh ya ni hotel di oman. Tapi sarapan di hotel ni best! Makanan terbaik 5 stars. Chef dan staf friendly. Mujur makanan sedap.


Ni hotel nye



Katil besar


Bilik air


Cantik kan






Maaf jangan terliur



Ni gambar tempat permainan kanak- kanak dalam airport
Cantik


Makanan lagi


Punya lah mahal, total air ni sahaja RM 140 haha sibuk nak convert, duit oman kan, nak merasa susu unta punya pasal



Terliur kan?



Cantik kedai ni jual gift dari oman. Jangan lupa beli halwa dari oman tau, agak sedap rempah halwa nya


Ni halwa nya



Sempat makan kfc di oman, anak anak nak makan mcd juge dia punya pie strawberry custard punya lah sedap




The maze, sambil cari idea inovasi


Ni sedap kebab ayam


Ok sekian review kita sambung next di Paris pula ya


Eh sempat ambil gambar Sultan Oman



Jemput baca juga

Read More