Selasa, 17 September 2019

Kenapa semua orang perlu ambil suplemen atau makanan tambahan dalam kehidupan kita?

Sekadar pandangan seoarang penulis jalanan

Dulu semasa saya kecil saya ingat lagi mak saya ada juga memberi saya scout emulsion setiap minggu, saya bukan orang senang. Mak kata dalam scout emulsion ni ada vitamin, bagus untuk badan. So saya pun tanpa banyak bantahan. Maklumlah, mak kan, mesti tau yang terbaik untuk anaknya.

Masa berlalu...

Semasa umur saya di usia remaja pula, saya ingat mak rajin sangat ambil iron tablet serta b complex dari klinik untuk saya. Mak cakap ia bagus sangat untuk orang perempuan. Masa tu saya dah lebih memahami kenapa mak bagi iron dan b complex. Maklumlah masa tu dah celik, belajar sains di sekolah kan. So dah faham dah fungsi iron untuk darah dan b complex juga baik untuk kesihatan wanita.

Bila dah berumur 25 ke atas, saya memang tidak lagi mengambil apa jenis suplemen, tetapi pada waktu itu banyak perubahan yang tidak berapa baik berlaku pada saya, kerap berjangkit jika ada yang membawa virus batuk, selesema atau demam, badan agak berbau, muka berjerawat dan badan cepat naik apabila tidak bersenam. Ini juga disebabkan saya juga tidak menjaga pemakanan saya, makan berminyak dan berlemak, kurang mengambil serat, dan mungkin juga kurang bersenam, tidur lewat, pengurusan stress yang lemah dan beberapa faktor lain yang melemahkan lagi sistem imunisasi saya.

Kesedaran pengambilan suplemen atau makanan tambahan bermula ketika saya telah melahirkan anak kedua, saya mengalami masalah untuk menyusukan anak saya yang kedua, susu saya tidak semeriah semasa seawal kehamilan anak yang pertama, walaupun saya sempat juga menyusu anak pertama selama setahun lebih, kemudian mengandung anak kedua, beberapa perubahan berlaku setelah mempunyai dua orang iaitu saya cepat letih, penat, kulit muka kusam dan tidak bermaya, rambut kerap gugur serta kulit mengelebeh. 

Saya bersyukur juga sebab saya tidak mempunyai penyakit kronik seperti orang lain seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, gout dan pelbagai penyakit masa kini yang pelik-pelik.

Suplemen rupanya sangat penting.  







Read More

Sabtu, 7 September 2019

sebab ikhtiar yang berterusan akhirnya jumpa yang serasi

Bila time promosi nutriferon ni saya memang excited sangat sebab semua testimoni kat bawah ni memang ada kaitan dengan family saya

Why why why?

Dipendekkan cerita dulu masa remaja memang saya kerap kene tonsil dan batuk sampai lah dah ada anak pertama pun gitu.
Cari punya cari ikhtiar jumpe lah shaklee
Makan makan serasi sangat. Alhamdulilah tak pernah dah kene tonsil bengkak sampai sekarang. Syukur, kesihatan improve sangat!

Bila anak pertama lahir uzma ada eczema pulak dah tapi dia kene waktu dah agak besar lah dalam umur lebih kurang 5 tahun gitu

Terus tanpa ragu saya bagi nutriferon, omega. Serasi lah uzma dengan nutriferon dan omega. Of course kawal juga makan wei. No gula putih, no ayam ayam cucuk. Syukur...No more eczema dah sekarang. Cantik dah kulit. Sekarang dah kemain balun sotong bagai.

Sampai time izzah doc pernah minta buang tonsil sebab kerap demam. Ni mesti menurun mak dia ni 😂 asyik tonsil bengkak sesaje. Saya kata kat doctor nanti dulu lah doc bagi dia besar dulu. Doctor kata ok. Then saya tak stop saya usaha bagi nutriferon juga, kawal makan semua.
Makin lama makin improve jarang sangat dah demam batuk sampai dah darjah dua sekarang, tonsil pun elok tak de bengkak. So alhamdulillah no operation! Mak happy aih!

Sampai adzkia pulak hantar je taska kerap sangat kene batuk selesama jangkitan kuman kat paru paru lah. Masuk wad kemain berapa kali. So mak ikhtiar lagi kuarantin kan dia dari taska dan umah pengasuh semua. Amik omega nutriferon vitamin c. Buat sonotron bagai semua
Alhamdulillah tak jejak dah wad sekarang. Harap sampai bila bila lah yo

Tu sebab i sayang sangat produk shaklee ni. Sebab nilai kesihatan yang mak dapat memang berbaloi dengan ikhtiar mak!

Mak agak happy sekarang tido lena setiap hari🤣

Moga korang sentiasa sihat sihat dan sihat sebab mak akan down bila korang sakit. 

Eni amran

Mak yang happy😎
Read More

Ahad, 23 Jun 2019

Vitamin c untuk kesihatan gigi, gusi dan tulang

Alami semula nikmat kesihatan dengan mengambil nutrien yang tepat. Vitamin C adalah vitamin larut air yang mempunyai pelbagai fungsi terhadap badan, dan fungsi utamanya adalah sebagai antioksida. Ia juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya semua yang membentuk tubuh anda.


Keistimewaan Shaklee:


  • Merupakan produk semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung serta sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
  • Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
  • Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesannya.
  • Memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan juga kulit anda.
  • Memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan kolagen dengan mengekalkan enzim-enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen
  • Mengatasi Radikal Bebas untuk Kulit yang Sihat Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C









.
Read More

Hiking di bukit kepayang di seremban 2 tempat best untuk beriadah di seremban 2 bersama anak dan rakan

Hari ini sebelum hiking ambil dulu coq-trol plus!

Apa yang best coq trol ni bagus untuk jantung dan peredaran darah kita

Siapa kata makan suplemen tak payah bersenam ni?

Suplemen wisely ya

Kadang kadang ramai yang takut nak ambil shaklee ni sebab penjual tak explain pun kan

For me

✅Jaga kalori dan ambil makanan yang sihat
✅Suplement wisely
✅Wajib woih bersenam at least sehari 20 ke 15 minit
✅water intake sehari

So nak makan vitamin kene bijak juge😆

Trol sangat hari ini😎

#hiking
#coqtrolplus

Read More

Ahad, 5 Mei 2019

Cara memerah miss B dengan tangan

Hari ini saya nak share sedikit panduan bagi ibu yang berkerjaya dalam memperkasakan penyusuan ibu. Semoga sharing ini menjadi revision dan maklumat kepada semua. Semoga bermanfaat!

Semua ibu di galakkan menyusui anaknya dengan susu ibu dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga umur 2 tahun. Seperti biasa makanan pelengkap perlu dimulakan semasa bayi berumur 6 bulan

Cara memerah miss B dengan tangan

  1. Basuh tangan dengan sabun dan air hingga bersih
  2. Tenangkan fikiran dan fikir perkara yang terindah untuk merangsang pengaliran susu ibu
  3. Tuam panas payudara sebelum memerah
  4. Urut payudara perlahan-lahan
  5. Letak ibu jari di bahagian atas berhampiran areola dan jari telunjuk di bawah dan jari lain mengampu parudara
  6. Tolak jari ke arah dada, kemudian picit dengan serentak (picit lepas picit lepas)
  7. Lakukan berulang kali di sekeliling areola
Selamat mencuba


Read More