Selasa, 30 Ogos 2016

Suplemen untuk cegah kanser dan penyakit kronik

Saya nak kongsi tentang suplemen vivix ni. Supaya semua dapat manfaat. Saya tak mau dapat manfaat sorang2...tak berbaloi sihat cegas sorang2 kannn...gambar tu diantara sbb saya nak makan vivix. Dulu masa tau harga vivix ni terkujat gak. Tapi sanggup kumpul duit. Saya sekat semua handbeg baru, kasut baru, gelang emas, tupperware baru 😎 tudung baru😉 tak lama pun sebulan je sekatan. Dapat lah beli vivix ni..habis semua family saya vivixkan😄

Vivix tu jgn lah risau nk cuba sbb ade ujian klinikal. Bukan orang kat malaysia je yg dah cuba vivix ni. Malah byk lagi negara2 lain yg hebat udah makan vivix ni japan indonesia china us haishhh byk lah. Sbb ape? Tengok gambo2 kat bawah tu...

Jom skodeng bahan2 vivix ni

💡Muscadine Grape

Mempunyai jumlah potassium (untuk kekuatan otot,mengelakkan serangan angin ahmar,kesihatan jantung dan meningkatkan keupayaan sistem saraf), Mempunyai resveratrol semulajadi (anti oksida yang kuat dengan bahan anti kanser)

💡Purple Carrot

Mempunyai lebih anthocyanin dan lebih beta-carotene berbanding lobak lain.
Meningkatkan kesihatan mata kerana kaya dengan Vitamin A
Lutein memberi perlindungan dari kanser kolon (kanser usus)
Mengurangkan kandungan gula dalam darah (bagi pesakit diabetes)

💡Elderberries

Kuatkan immune system badan

💡Polygonum cuspidatom

Anti oksida yang kuat
Anti inflammatory
Anti penuaan

Pelaburan kesihatan yang berbaloi2 bagi saya. Anda bila lagi?
Yg nak beli vivix tapi tak mampu gak? meh meh saya selesaikan masalah korang tu..

Aini 0136288543
SID N.SEMBILAN

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#vivix
#fantastic


Read More

Isnin, 29 Ogos 2016

Tips atasi stress

Saya nak share tips atasi dari seorang leader biz saya kak lyna.

Sharing is caring

Tips atasi stress

Amalkan ini:-

- zikir Ya Wahhab 1000x sehari
- al Mathurat setiap pagi & petang
- mengaji at least 10 ayat sehari
- tulis luahan hati & baca lepas solat atau masa tahajud, luah pd Allah
- makan B Complex secara konsisten (B complex mengurangkan stress)
- minum Cinch Tea (cinch tea membawa kita ke zon alpha)

Ada stress jgn lupa buat yg di atas OK!


Read More

Ahad, 28 Ogos 2016

Senarai shaklee seluruh dunia

Kenapa shaklee senang?

Sebab kome dah tak payah sibuk sibuk buat kajian benda yang nk msuk dalam badan kome dah

Sume ujian klinikal, journal bagai udah dibuat dan dilabur berjuta juta dari semasa ke semasa. Senang kan?

Shaklee ni pun merata dunia ade. Nak isau ape. Tak percaya lgi?

Shaklee US
Shaklee japan
Shaklee china
Shaklee indonesia
Shaklee malaysia
Shaklee mexico
Shaklee taiwan
Shaklee canada

U seee..
Nk cari kat malaysia. Meh cri saya. Tak payah merata ☝

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#promovivixrugitakgrab
#pengedarnegerisembilan


Read More

Khamis, 25 Ogos 2016

Resepi kek cheese caramel yang sedap dan mudah

Resepi lapisan bawah biskut

120g biskut digestive
2 sudu besar gula perang
50g mentega

Hancurkan biskut
Cmpurkan gula perang
Cairkan mentega

Campurkan ketiga2 bahan diatas. Letakkan dalam loyang. Padatkan. Simpan peti.

Resepi lapisan atas caramel

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
1 sudu garam
25g mentega
1 sudu kecil esen vanila

Didihkan adunan dalam api yang perlahan. Simpan peti.

Resepi kek cheese

250g cream cheese
50g susu manis
50g gula perang
2 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar lemon

Putar cream cheese dengan susu manis hingga sebati, masukkan gula perang dan telur putar perlahan. Kemudian masukkan tepung. Putar sebati. Masukkan lemon.

Tuang dalam adunan yang ada biskut. Bakar suhu 170 ° 40 ke 45 minit

Hiaskan atas kek dengan sos caramel tadi.

Selamat mencuba ye..



Read More

Isnin, 22 Ogos 2016

Landmark study

Semalam saya join satu program. Dalam prog tu ade sesuatu yg menarik perhatian saya sebagai pengguna tegar shaklee. Sebab bila kita jadi pengguna dan penjual kita mesti nak pastikan produk yg kita jual dan guna adalah produk yang selamat kan?

So dalam program tu ade dikupas tentang landmark study yang dibuat oleh pihak ketiga ke atas shaklee. Siapa yang suruh buat land mark study ni? Ape tu land mark study??

Landmark ni adalah penanda aras untuk sesuatu. So roger Barnett, CEO shaklee telah melantik Dr Gladys Block iaitu seorang Epidermiologists dari University of Carlifornia, Berkeley untuk mengetuai study tersebut. Dr. gladys Block menjalankan kajian ini. Lebih 1000 orang dari 3 golongan sasaran

1) Pengamal tegar produk Shaklee
2) Pengamal produk vitamin brand lain
3) Tidak ambil apa2 vitamin

3 golongan ini dikaji secara random dari segenap segi. Maklumat diambil melalui data secara online, pemeriksaan kesihatan dan juga study yang menyeluruh. Dan hasilnya tetap akan dibentangkan walau apa pun keputusannye. Perlu telussss.

Korang boleh layari laman web ni untuk baca sendiri hasil landmark study ni

http://www.landmarkstudy.com

Jadi apa keputusan land mark study tu. Jeng jeng keputusannye esok tau....to be continued....

Bukan senang nk kupas benda ni. Klo tak de bukti..

Aini
0136288543

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
Jom order vivix


Read More

Vitamin shaklee dan landmark study bukti shaklee selamat

Sambungan landmark study. Ni resultnye...

Hasil daripada Landmark Study yang dijalankan oleh Dr. Gladys Block

1) Warna biru - Mewakili mereka yang langsung tak makan suplemen
2) Warna merah - Mewakili mereka yang makan suplemen selain shaklee
3) Warna Hijau - Mewakili mereka yang  makan suplemen Shaklee lebih dari 20 tahun

Mereka yang mengamalkan produk Shaklee mempunyai potensi terkena penyakit berbahaya jauh lebih RENDAH berbanding mereka yang langsung tak makan suplemen. Manakala mereka yang mengambil suplemen brand lain mempunyai potensi terkena penyakit berbahaya jauh lebih TINGGI berbanding mereka yang langsung tak makan suplemen.

Tujuan saya share ni untuk nak bgitau bahawa yang mengambil supplemen shaklee bukti bahawa ia selamat berdasarkan landmark study ni. So anda akan lebih yakin lagi produk yg anda guna selamat.

Shaklee memang berani mengambil risiko untuk mengadakan Landmark study ke atas produk2 mereka sendiri. Roger Barnett memang bukan calang-calang businessman. Bagi beliau menghasilkan produk yang terbaik memerlukan penelitian, bukti secara saintifik bagi menjamin kredibiliti Shaklee sebagai antara pengeluar makanan tambahan terhebat dunia. So beliau sanggup menghabiskan 250 million setiap tahun untuk RND dan research berkaitan produk2 yang dihasilkan.

Yang mana pilihan hati anda?

Aini
SID negeri sembilan 0136288543

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#landmarkstudy
#landmarkstudyshaklee


Read More

Jumaat, 19 Ogos 2016

Vivix dan kancer

Ade dua testimoni di bawah tpi saya nk share tentang testimoni cancer

Berkenaan dengan RESVERATROL berkesan bantu merencatkan sel kanser..

Kisah nye adalah tentang seorang pesakit kanser yang disahkan mengidap kanser payudara..
Selepas habis buat kimoterapi
Beliau telah mngambil vivix dlm tempoh masa 6 bln sebelum checkup seterusnya..

Semasa checkup keputusan darah beliau sangat bagus lalu beliau bertanya doktor adakah ubat untuk merawat penyakitnya?

Doktor cakap tidak ada tetapi, mereka sekarang sedang buat kajian satu substance yang dipercayai mampu merawat kanser payudara dan mengelak kanser itu berulang lagi. Mereka memperuntukkan geran 1juta dolar untuk kajian mereka itu. Substance yang tengah mereka kaji adalah resveratrol.

Selepas mendengar penjelasan doktor beliau pun terangkan kepada doktor tu sekarang beliau memang ambik resveratrol dari Vivix. Doktor sgt terkejut sebab dia la org pertama yg berjaya membuktikan keberkesanan resveratrol ni dalam kajian mereka.
Ini kerana hasil checkup darah beliau sangat bagus yang mana sel kanser tidak merebak.

Ravesratrol dalam vivix adalah plg tinggi berbanding produk lain...

Bagi mereka yg ada masalah begini saya syorkan vivix
Nak dptkan info lanjut boleh whatsapp  0136288543

Jgn lupe khatamkan testimoni kedua tu sbb sangat mnarik (kucing + alahan)

#kanser
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#vivix
#pencintakucing
#alahan

Read More

Ahad, 7 Ogos 2016

Resepi meat ball ikea yang sedap dan lazat serta mudah

Bebola daging

500g daging lembu cincang
1 biji telur gred A lagi bagus
3 sudu kecil krim
2 sudu besar bawang cincang
Garam secukup rase lah ye
Lada putih
2-3 sudu besar serbuk roti
Rempah ikut citarasa masing masing
Nak rempah ala traditional or western(letak oregano)

Caranya
Goreng bawang
Campur kan daging dengan semua bahan yang lain tu.
Bulat bulat daging then goreng
Daging mesti di goreng dengan mentega ye baru sedap


Sos krim

125g krim pekat whipping cream boleh
2-3 sudu stok daging lembu
Garam
Lada putih
1 sudu besar tepung gandum

Masak semua bahan atas dapur hingga pekat

Selamat mencuba
Boleh makan juga dengan jem strawberi
Nyummy





Read More

Vivix vs perokok tegar

Jom cabar diri minum vivix!

Sharing testimoni dari customer vivix prokok tegar

Boleh tengok data terbaru yang saya dpt dri seorang doktor di kuala pilah

Kematian kerana rokok menjelang 2030 dijangka seramai 10 JUTA kematian

Hadiahkan pada suami dan ayah kita. Tanda sayang mereka

#pengedarnegerisembilan
#0136288543


Read More

Shaklee telah bertapak lama jom tinjau shaklee di US

Dr. Forrest C Shaklee
Pengasas Shaklee ialah Dr Forrest C. Shaklee dan beliau dilahirkan pada November tahun 1894. Semasa kecil, beliau menghidap penyakit batuk kering dan doktor menganggarkan bahawa beliau tidak dapat hidup lama. Kerana sayangkan anak dan percaya anaknya akan sembuh, ibu bapa Dr. Shaklee telah berpindah ke utara dan hidup secara sihat dengan pengambilan makannan berkhasiat, rehat yang cukup dan menghabiskan waktu di ladang di luar kawasan Iowa.

Dr Shaklee membuka tempat kajian awalan di Rockwell City, Iowa pada tahun 1915. Beliau percaya bahawa pemakanan yang baik adalah asas untuk keseluruhan dan kesejahteraan kesihatan. Pada tahun 1915 itu juga, produk pertama Dr Shaklee iaitu Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalized-Mineral" dan disingkatkan sebutannya kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin ini yang pertama digunakan.

Pejabat terawal Shaklee
Dr. Forrest C. Shaklee adalah pengasas syarikat Shaklee pada tahun 1956 semasa berusia 61 tahun bersama dua anaknya Forrest, Jr. and Raleigh untuk mengeluaran makanan tambahan nutrisi Shaklee. Dr. Forest C Shaklee telah menubuhkan sebuah syarikat berdasarkan 'Living In Harmony With Nature' yang berazam untuk menghasilkan produk-produk bagi memperbaiki kesihatan penduduk bumi

Gambar tu adalah Shaklee HQ, di San Francisco

Shaklee bukan dicipta baru setahun dua malah 100 tahun dahulu dengan penyelidikan yang terperinci dan sumbangannya kepada dunia amat besar sekali terutamanya dalam bidang sukan dan alam sekitar. Selain dikenali sebagai makanan tambahan nutrisi, Shaklee terkenal dengan sifatnya sebagai "Environmental Friendly". Semoga sejarah perkembangan Shaklee dan sumbangannya kepada dunia ini dapat memberitahu anda serba sedikit tentang Shaklee.

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#promokalsiumbulanini
#pengedarnegerisembilan


Read More

Selasa, 2 Ogos 2016

Semoga kita sama sama berdoa agar kita menjadi pendakwah yang menyambung perjuangan Rasulullah

Yasirah Yazid:
Catatan Ustaz Rifqi bin Myiddin
GC Pend Islam SMK Taman Universiti
Timb Pengerusi Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti


Pandanganku dari sisi berbeza

Telah banyak kali aku digandingkan dlm forum bersama para selebriti. Antara mereka ialah Catriana Rose, Adam Corie, Sham Kamikaze, Che Ta dan yg terbaru Abg Long Fadil. Apa yg menariknya, kehadiran audien amat luar biasa dan memberangsangkan.

Masjid yg menjemput kami itu adalah medan aku berkuliah secara tetap mingguan atau bulanan. Namun, kehadiran audien bila aku solo tidak pernah mencapai tahap luar biasa. Ini bererti, para selebriti adalah mempunyai daya penarik luar biasa yg blh ditumpang para asatizah.

Pun begitu, hati aku berdetik bernada risau serta sedih, apakah Allah sedang memilih hamba2nya yg berstatus artis dan selebriti utk memikul amanah dakwah ini, lalu mengenepikan para asatizah yang sibuk menghukum, melabel, mengkafir, menyekat, melarang, meng"gam" rakan sejawat mrk dari dakwah.

Moga detik hatiku ini tidak tepat.

Sahabatku para asatizah para du'at

Kerja kita utk mengislamkan dan mengislahkan terlalu byk sehingga kita sebenarnya tidak ada masa utk menghukum sesiapa yg tidak semisal kita dlm pendapat dan pandangan.

Doakan, andai Allah memilih para selebriti dlm dakwah menyebar agamaNya, jgn sampai Allah ketepikan kita para asatizah dari medan ini kerana sempitnya dada kita utk berlapang dada melihat yang lebih utama daripada yg utama.


Read More

Pesanan Doktor Harlina kepada ibu dan bapa

Jangan amalkan helicopter parenting, pesan Dr. Harlina pada ibubapa. 


Ibubapa berperanan sebagai rakan kongsi kepada pihak sekolah dalam pendidikan anak-anak, ujar Dr. Harlina Halizah Siraj hari ini. Untuk melahirkan generasi anak-anak yang baik dan boleh mengajak orang lain melakukan kebaikan iaitu soleh dan musleh, ibubapa mestilah berusaha mewujudkan suasana Islami di rumah masing-masing.


Ibubapa perlu memahami keperluan-keperluan yang berbeza untuk anak-anak kerana lain anak mempunyai lain keperluannya. 


Menurut Dr Harlina, terdapat 4 kategori ibubapa, seperti berikut:


1. Ibubapa yang mempunyai harapan rendah dan sensitiviti ibubapa terhadap keperluan anak-anak juga rendah. Neglectful parenting ini akan menghasilkan anak yang liar. 


2 Ibubapa yang mempunyai harapan tinggi tetapi sensitiviti yang rendah terhadap keperluan anak-anak. Cara authoritarian/tiger parenting sebegini akan menghasilkan anak-anak yang berjaya tapi stressful. 


3 Ibubapa yang mempunyai harapan rendah tetapi sensitiviti amat tinggi terhadap keperluan anak-anak. Ibubapa yang over-indulging/overprotecting/helicopter parenting sebegini akan menghasilkan anak-anak yang lemah dan manja. 


4 Ibubapa yang mempunyai harapan yang tinggi dan sensitiviti yang tinggi terhadap keperluan anak-anak yang akan melahirkan anak yang soleh dan musleh, anak yang berakhlak baik dan dapat memperbaiki akhlak orang lain. Barangkali juga pihak pertama yang diperbaiki akhlak tersebut adalah ibubapanya sendiri. 


Tazkirah ini disampaikan Dr. Harlina di Majlis Sambutan Aidilfitri IKRAM Bandar Tun Razak dan SRI Al-Amin Cheras Selatan yang berlangsung pada Ahad, 31 Julai 2016.


Read More