Isnin, 3 November 2014

Tips driving lebih dari 90km bersama anak anak kecil

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam yang menjadikan alam yang indah ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammmad SAW.

Alhamdulillah masih diberi nikmat Iman dan Islam. Allah yang beri rezeki, Allah menyembuhkan penyakit, Allah beri nikmat rezeki Allahu Akbar Allah Maha besar.

Di sini saya ingin kongsikan tips driving jauh bersama anak anak. Jika anda mempunyai anak kecil bawah 2 tahun dan menyusu susu badan ia amatlah tidak digalakkan mengaplikasi tips ini.

Alhamdulillah saya manage to handle dua orang anak saya uzma 5 tahun dan izzah 3 tahun semasa driving lebih dari 200km iaitu dari:

Pergi Jummat dari JB - Senawang (Negeri Sembilan) (3 Jam)
Balik Ahad dari Senawang - JB (3 Jam)

Sebelum ini  saya memang tak berani nak bawak (driving jauh lebih 90km) bila memikirkan anak anak saya memang aktif, kadang kadang diaorang ni bergaduh berebut barang, menangis, nak itu ini dalam kereta, so saya membayangkan susahnya nak handle kalau macam ini.

Tapi pandangan saya silap, bila saya fikir takkan lah nak handle dua orang anak pun tak boleh, mesti ada cara, seminggu juga saya fikirkan....at last, dapat juga jawapannya, so just tunggu masa je nak cakap pada husband....

Selalunya husband lah yang drive balik Jb, but last week dia baru balik dari jakarta then straight to kuching, limbang....confirm penat kan...so saya amik peluang ni....hehe...maklumlah kami ni pjj (weekend husband and wife)

Mula saya cakap (sms) pada husband, why not give me a try, bawak anak anak driving to senawang, mula dia macam tak bagi, dalam hati saya baca ya latif ya latif mudahkan lah segalanya....
last last dia sms ok boleh, balik jam 9 malam ni, sbb dia dari KLIA takut jika saya bertolak awal sampai awal dia tiada pulak di rumah, so saya pun agreed...

Masa tu jam 7 malam lebih kurang, saya terus cakap pada anak anak ok uzma izzah mai sini ibu nak cakap sikit, karang jam 9 malam kita nak balik umah baru, so boleh tak akak dengan adik buat perangai baik-baik, tak mau bergaduh dalam kereta, menangis, nak apa cakap pada ibu, tak mau jerit jeritjerit, main sama dalam kereta, boleh tak? ibu nak driving kalau bergaduh dalam kereta ibu tak boleh nak drive, nati kita tak sempat sampai rumah baru, boleh tak? boleh, sambil tu depa ni pok pet pok pet lah.... ayah mana lah, nak pergi umah baru...bla bla... kalo buat perangai ibu rotan bla bla....yeay yeay nak balik umah baru...
ok setel satu step (1).

Next step (2) saya pi dapur masak nasi goreng udang dan jemput jemput ikan bilis, sebab saya plan tak nak langsung turun makan di RnR, pum pang pom pang siap masuk dalam tupperware...

Then next step (3) kemas barang-barang sikit yang nak bawak baju, berus gigi etc....
Anak anak saya dah suruh diorang mandi bagi segarkan badan diorang.

Siap semua saya terus masukkan semua dalam kereta beg bahagian boot belakang, makanan semua saya letak di depan, senang nanti....bantal pun saya stand by dalam kereta dua bantal supaya tak berebut nanti hihi

Alhamdulillah siap semua jam 8.45 malam masuk kereta semua, baca doa naik kenderaan zassss..... terus jalan ke stesen minyak isi minyak full tank.... top up smart tag sebab malas sangat nak beratur di tol.. beli roti n gula untuk hilangkan mengantuk....jam 9 malam terus masuk highway.....

Dalam kereta saya pesan lagi kakak dan adik ingat buat perangai baik baik, tak mau bergaduh bla bla bla...diorang jawab ok ibu....hahah kelako je masa ni, dah jadi macam askar tranning...hahah semua nya patut...kakak siap tolong ibu pasangkan cd lagi....tak pe tak pe ibu kakak buat ibu pegang streng...sangat behave semuanya.

So inilah dia teknik psycology bila kita hantar gelombang positif dan signal positif kepada anak anak. Anak anak akan bertindak mengikut kata kata kite. So kite hipnosis anak dengan perkataan yang baik. Tak perlu kita nak marah,melenting dan emosi bila anak buat perangai. Sebalik nya kita puji dan bagi galakkan supaya anak berkelakuan lagi baik

So anda semua boleh lah Aplikasikan tips saya ini. Alhamdulillah teknik saya BERJAYA..


Sebab buat perangai baik so IBU dan ayah bawak Jalan jalan mandi laut



Read More